KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kerajaan perlu memberi ketegasan kepada Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino supaya menghormati perlembagaan negara Malaysia bahawa Islam sebagai agama Persekutuan, demikian menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Beliau berkata, tindakan segera dan tegas perlu diambil terhadap Marino kerana tidak menghormati kedudukan Islam di Malaysia apabila berani mengeluarkan kenyataan yang menyokong pendirian Persekutuan Kristian Malaysia bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian di negara ini. “Secara psikologinya Marino telah menghina kehormatan dan mengancam kedaulatan Islam melalui kenyataan biadapnya dalam usaha mencabar status quo umat Islam di Malaysia. “Makanya dalam hal ini, kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan melepaskannya begitu sahaja, ini hak seluruh umat Islam,” ujar Ustaz Abdullah dalam satu kenyataan media Gabungan NGO Islam di Villa Puteri, hari ini. Tegas Usta...