Seminar Fiqh Puasa anjuran Wanita ISMA Kuala Terengganu meriah
Wartawan: Saudari Nurul Hidayah Abdul Aziz
CHENDERING, 22 Jun – Kehadiran Ramadhan kian dirasai dan dinanti apabila pada julung kalinya Seminar Fiqh Puasa anjuran Biro Wanita ISMA cawangan Kuala Terengganu dengan kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Sultan Ismail diadakan dengan jayanya. Seramai lebih kurang 30 orang peserta muslimat yang terdiri daripada ahli kariah masjid dan penduduk berhampiran datang memeriahkan program yang disampaikan oleh Ustazah Tasnim Abdul Rahman, Pensyarah Al-Quran dan Sunnah, Fakulti Kontemporari Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Seminar yang bermula pada jam 9.30 pagi itu diawali dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Wanita ISMA Kuala Terengganu iaitu Ustazah Fauziah Ibrahim. Dalam ucapannya, beliau memperkenalkan Biro Wanita dan Keluarga ISMA kepada para peserta sebagai NGO yang mengajak masyarakat mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian dengan pelbagai program menarik yang dianjurkan untuk mendidik masyarakat seperti Program Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC) dan Program Selangkah Ke Gerbang Perkahwinan. Selain itu, Biro NAZIM turut diketengahkan sebagai biro yang mendidik anak-anak di bawah umur 12 tahun di samping mempromosikan usrah dewasa.
Penyampaian bersemangat dan mesra Ustazah Tasnim berjaya menarik perhatian para peserta untuk terus fokus dalam isi seminar. Seminar yang berkisar tentang hukum-hakam ibadah puasa dan persoalan yang berkait dirungkai satu persatu dalam seminar yang berlangsung lebih kurang satu jam setengah itu. Seminar Fiqh Puasa pada kali ini mencapai objektif yang diingini iaitu menjawab persoalan-persoalan berkaitan ibadah puasa yang bakal dijalankan tidak berapa lama lagi di samping membina hubungan silaturrahim antara ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan para peserta yang hadir. Diharapkan program sebegini dapat diadakan lagi sebagai salah usaha untuk mendidik masyarakat dalam menghayati dan mengamalkan islam secara syumul dalam kehidupan seharian disamping mengetengahkan ISMA dalam kalangan masyarakat.

Ulasan
Catat Ulasan