Haram sokong Comango: Resolusi Muzakarah Ulama diserahkan kepada Mufti Terengganu
Wartawan: Mohamad Azran Faris Mohamad Azemi
Ketika ditemui, Ustaz Kamaruddin melahirkan kebimbangan terhadap ancaman aqidah yang melanda umat Islam di Malaysia hari ini oleh Comango berdasarkan tuntutan-tuntutan mereka yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.
“Alhamdulillah, berkat usaha ISMA dalam menyedarkan umat Islam di Malaysia tentang ancaman ini melalui pengumpulan satu juta tandatangan bantahan dan juga ceramah-ceramah bahaya Comango yang berlangung di setiap negeri diharap dapat membuka mata pihak kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau kepada wartawan ISMAweb.
“Kita juga sangat berdukacita dengan Comango ini kerana mereka masih tekad mempertahankan usaha-usaha kotor mereka ini walaupun arahan pengharaman telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ISMA tetap tegas dan akan menentang mereka habis-habisan,” tambahnya lagi.
Resolusi muzakarah diserahkan kepada para mufti bertujuan meminta pihak mufti melanjutkan perbincangan ini ke peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan agar keputusan rasmi yang menolak Comango dapat dikeluarkan.
Lebih 20 ulama dan pakar akademik telah menghadiri Muzakarah Ulama yang dianjurkan oleh Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang telah bersidang pada 11 Januari lalu di Bangi.
Antara isi kandungan resolusi ialah muzakarah bersetuju bahawa tuntutan-tuntutan asasi Comango adalah bertentangan dengan syarak dalam masa yang sama bertentangan dengan undang-undang yang sah dengan norma-norma antarabangsa.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan