Taqlid: Pengajaran daripada sirah

Petikan daripada buku Fiqh Sirah, Sayyid Ramadhan Al-Buti: "Rasulullah S.A.W. telah memperolok-olokkan kaumnya yang telah membelenggukan segala tenaga fikiran kepada adat tradisi datuk nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala dan melakukan perkara munkar yang lain tanpa memikirkan apakah berhala itu boleh memberi sesuatu kebaikan atau membahayakan kalau tidak disembah. Seterusnya Rsulullah S.A.W. menyeru mereka agar membebaskan diri daripada pemikiran perhambaan dan cengkaman tradisi yang lapuk yang sedikit pun tidak berbau dengan logis dan mantiq. Dari sini dapatlah disimpulkan iaitu agama in dan segala ahkamnya adalah sejajar suluhan fikiran dan mantiq. Oleh yang demikian, maka di antara syarat-syarat yang terpenting untuk menentukan sah iman dengan Allah S.W.T. ialah keyakinan dan fikiran bebas tanpa bertaut dengan sebarang adat resam atau ‘tradisi’ yang lain. Penyusun ilmu tauhid menyatakan dalam puisi tauhidnya yang berbunyi: ترديد من يخل لم ايمانه في التوحيد قلد م