604 murid SJK tidak tahu bahasa Melayu perlu tindakan drastik kerajaan
BANGI, 26 Oktober – Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan drastik mencari penyelesaian kerana didapati masih terdapat ramai orang bukan Melayu yang tidak boleh berbahasa Melayu walau sepatah.
Berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), terdapat 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
Naib Presiden 2 ISMA, Tuan Haji Abdul Rahman Mat Dali berkata, ini suatu yang sangat serius, ia sekali lagi bukti ancaman sekolah jenis kebangsaan (SJKC).
Ia juga menunjukkan bahawa sekolah jenis kebangsaan ini tidak mengambil serius dasar kerajaan.
“Jadi mengapa harus diteruskan? Sedangkan ia menggugat dan memperlambatkan integrasi nasional yang menjadi pemangkin melebarkan jurang kaum dan bahasa khususnya antara Cina dan kaum teras iaitu Melayu.
“Oleh sebab itu kita gesa kerajaan untuk bertindak secara drastik untuk menyelesaikan isu ini dengan segera dan perlu buat keputusan yang berani,” katanya kepada wartawan.
Tambah beliau, kerajaan sekarang dilihat lemah dalam memastikan dasar bahasa kebangsaan terus dipertahankan akibat negara berdepan dengan krisis perpaduan semakin meruncing.
“Oleh sebab itu yang paling penting ketika ini ialah kerajaan tidak patut meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan perpaduan dan masa depan negara,” tegas Encik Rahman.
Memetik laporan utusan semalam, Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong memberitahu statistik seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada tahun 2010.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan