“Ahli ISMA tak baling telur, Dato Seri!”


BANGI, 30 Oktober – “Penyokong ISMA datang ke mahkamah berbekalkan Al-Quran, bukan telur.”

Demikian kata Pengarang ISMAweb Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin menjawab gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pihak polis bertolak ansur terhadap penyokongnya di luar mahkamah.

“Jika Datuk Seri Anwar mahukan layanan sama sepertimana yang penyokong ISMA, maka didiklah penyokong Datuk Seri untuk beradab sepertimana penyokong ISMA.

“Penyokong ISMA tak provok polis. Tak baling telur, tak rempuh sekatan polis,” katanya.

Sebelum ini ahli dan penyokong ISMA berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Kajang dan Istana Kehakiman Putrajaya namun tiada sebarang masalah berlaku.

Mereka mendengar ucapan pimpinan, melaungkan kata semangat, berdoa, membaca Al-Quran sepanjang menunggu perbicaraan berlangsung.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?