Dr. Khalif: Bumi Malaysia ini tanah Melayu
BANGI, 19 Oktober – "Bumi Malaysia ini tanah Melayu, dan itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, maka jangan kita kufur nikmat dan tidak mensyukurinya."
Demikian kenyataan Prof. Madya Dr. Khalif Muammar yang disiarkan dalam laman sosial Facebook beliau baru-baru ini.
Jelasnya, setiap tanah yang dipijak di atas bumi ini mempunyai tuannya, kecuali tanah yang terletak di perbatasan yang disebut sebagai no man’s land.
Tuan kepada Bumi Malaysia pula merupakan orang Melayu, dan ini merupakan satu nikmat yang mesti disyukuri.
“Tentunya kita tidak mahu menjadi bangsa yang tidak memiliki negara seperti bangsa Kurdi dan Rohingya, nasib mereka cukup menyedihkan,” tambahnya.
Berkenaan sepanduk ‘Bumi ini bumi Melayu Islam’ yang dipegang oleh penyokong-penyokong ISMA di luar Mahkamah Sesyen Kajang ketika perbicaraan Presiden ISMA baru-baru ini, Dr. Khalif berkata bahawa ia hanyalah penegasan tentang hakikat sejarah yang perlu sentiasa diingat.
“Saya fikir ketika ISMA melaungkan bumi ini tanah Melayu Islam, tidak bermaksud untuk menafikan kerakyatan dan hak bukan Melayu dan bukan Islam untuk tinggal dan menjadi warga negara Malaysia.
“Ia hanyalah penegasan tentang hakikat sejarah yang perlu sentiasa diingat dan kontrak sosial juga merupakan sebahagian daripada hakikat sejarah itu”, tambahnya di ruangan komentar.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan