Majlis Ulama ISMA anjur simposium bincang gagasan pemikiran politik Islam berdasarkan siyasah syar’iyyah


BANGI, 25 Oktober – Simposium Pemikiran Politik Islam anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) mula berlangsung seawal jam 9.00 pagi ini.

Simposium ini menampilkan ulama-ulama untuk membincangkan aspek ‘Gagasan Pemikiran Politik Islam Berdasarkan Siyasah Syar’iyyah Dalam Realiti Malaysia.

Antara ulama dan cendikawan sarjana Islam yang akan mengupas topik ini alah Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan), Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd. Rahman, Pengerusi Majlis Ulama ISMA Prof. Madya Dr. Aznan Hasan, Setiausaha MUIS Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Dato’ Dr. Ustaz Khairuddin At Takiri, Pensyarah CASIS-UTM Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A Harris dan Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA Ustaz Mohd Hazizi Abd. Rahman.

Tiga topik utama yang akan dibahaskan ialah ‘Relevensi Konsep Negara Islam: Pelaksanaannya dalam sistem Demokrasi Malaysia’, ‘Partipasi politik semasa di Malaysia dalam kerangka Maqasid Syariah dan Gagasan Pemikiran Politik Islam dalqm realiti Malaysia berdasarkan siyasah syar’iyyah.

Pengarah Simposium, Dr. Mohd Isa Hamzah dalam ucapan aluannya berkata, hari ini masyarakat celaru dengan arah tuju politik di Malaysia apatah lagi serangan liberal telah banyak menggugat asas pemikiran politik Islam.

Katanya, semua itu berpunca daripada ketidakjelasan pemikiran politik masyarakat Islam di Malaysia sehingga menyebabkan mereka tenggelam dalam isu politik semasa yang mengelirukan.

Jadi untuk itu, beliau mengharapkan seminar ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat yang dahagakan ilmu-ilmu Islam.

Seminar ini dihadiri kira-kira 500 orang peserta diadakan di Auditorium Abu Zarim, Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian