Orang Melayu tidak lagi boleh harap kepimpinan politik untuk bela nasib mereka


BANGI, 23 Oktober – Semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata kepada parti-parti politik Melayu Islam, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

Jelas beliau, orang Melayu kini tidak lagi boleh mengharapkan pemimpin-pemimpin politik untuk membela nasib mereka yang kian tercabar.

Ini kerana kepemimpinan Melayu telah melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India.

“Apabila terdapat segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak, mereka dilabelkan “racist” (perkauman), manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau).

“Tetapi apabila orang Cina dan India, orang Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bersuara mempertahankan bangsa, agama, bahasa dan budaya mereka, mereka digambarkan sebagai orang terpinggir yang dianaktirikan dan bakal pupus.

“Sebaliknya, mereka dikatakan memperjuangkan hak asasi,” ujar beliau yang dipetik dalam tulisan blognya bertajuk Isu Kepemimpinan: Memperkatakan Sikap Melayu.

Tambah Datuk A. Kadir, orang Melayu dan Islam Malaysia hari ini tetap sederhana, tahan uji, bertolak ansur dan pemurah seperti orang Melayu dan orang Islam Malaysia pada tahun 1957.

Jika dulu, orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.

“Orang Melayu yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi.

“Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei),” kata beliau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?