Simposium Pemikiran Politik Islam berlangsung esok


BANGI, 24 Oktober – Serangan pemikiran liberal yang tersebar dalam masyarakat Malaysia khususnya telah banyak mengelirukan serta menggugat asas-asas pemikiran terutama asas pemikiran politik Islam.
Begitu juga dengan polemik dan perbalahan tradisi yang tak kunjung padam di antara pejuang nasionalis dan Islamis yang amat merugikan serta menghakis dan memecahkan kekuatan umat.

Pegawai Majlis Ulama ISMA, Ustaz Muhammad Firdaus Zalani berkata, semua isu ini berpunca daripada ketidakjelasan pemikiran politik di kalangan masyarakat Islam sehingga menyebabkan mereka tenggelam di dalam isu-isu politik kontemporari yang mengelirukan serta menyesatkan.

Sehubungan itu, Majlis Ulama ISMA (MUIS) akan merungkaikan segala permasalahan itu dalam perbincangan bersama para ulama dengan membahaskan isu-isu politik semasa berdasarkan Siyasah Syar’iyyah dalam Simposium Pemikiran Politik Islam yang dijadual berlangsung esok.

Antara tajuk perbincangan ialah ‘Relevensi Konsep Negara Islam: Pelaksanaannya dalam sistem Demokrasi Malaysia’, ‘Pemahaman tentang Partisipasi politik semasa di Malaysia dalam kerangka maqasid syariah’ dan ‘Membentuk gagasan pemikiran politik Islam (baru) dalam realiti Malaysia berdasarkan Siyasah Syar’iyyah’.

Antara panel yang akan hadir ialah Sohibus Samahah Dr Zulkifli Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan), Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Pengerusi Majlis Ulama ISMA Prof Madya Dr Aznan Hasan, Setiausaha MUIS Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Dato’ Dr Ust Khairuddin At Takiri, Pensyarah CASIS-UTM Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris dan Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman.

Simposium ini akan diadakan di Auditorium Abu Zarim, Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian