Wujudkan sekolah satu aliran – Zahid


BANGI, 21 Oktober – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah sampai masanya untuk sekolah satu aliran diwujudkan dalam sistem pendidikan.

Memetik laporan Utusan ujarnya, jurang yang wujud antara kaum di negara ini sekarang semakin meluas akibat aliran persekolahan yang tidak diperbetulkan sejak awal lagi.

Untuk itu, sekolah satu aliran adalah diperlukan bagi menemui titik perpaduan dalam kalangan rakyat yang bermula dari alam persekolahan.

“Bahasa ibunda kaum masing-masing perlu diajar tetapi langkah itu biarlah setakat di peringkat sekolah rendah sahaja.

“Apabila melangkah ke sekolah menengah, aliran pendidikan kebangsaan perlu dihayati semua pihak,” kata Zahid sambil menyifatkan cadangannya itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya mewakili kerajaan atau parti.

Sebelum ini, pelbagai pihak telah mengetengahkan mengenai kepentingan kerajaan mewujudkan satu aliran persekolahan sahaja iaitu sekolah kebangsaan bagi memupuk perpaduan tetapi usaha itu gagal dilaksanakan kerana tentangan daripada masyarakat Cina dan India.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tiada mana-mana negara dalam dunia ini yang mengamalkan sistem persekolahan mengikut aliran kaum sebagaimana di Malaysia.

Katanya, keunikan tersebut tidak membantu ke arah usaha kerajaan memperkasa perpaduan rakyat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?