Amaran angin kencang di perairan Terengganu sehingga sabtu


KUALA TERENGGANU, 13 November (Bernama) -- Amaran angin kencang dan ribut bergelora di perairan Terengganu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah berkata keadaan itu juga dijangka membawa angin timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam.

"Mengikut bacaan Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 7.30 pagi, semua stesen data taburan hujan di seluruh Terengganu menunjukkan purata hujan yang turun adalah bacaan normal dan tiada amaran banjir dikeluarkan setakat ini," katanya dalam kenyataan Khamis.

Bagaimanapun semua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan daerah yang terlibat telah diminta untuk bersiap sedia menghadapi banjir.

-- BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?