Bot Karam: Empat nelayan Thai dikhuatiri hilang


BESUT, 14 November - Seorang nelayan warga Thailand terselamat manakala empat lagi rakannya dikhuatiri hilang setelah bot mereka dipercayai karam dekat perairan antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang pada Rabu malam.

Pemilik bot berkenaan Mohd Suffian Abdul Kadir, 34, membuat laporan tentang kejadian itu di Balai Polis Tumpat, Kelantan kira-kira 7 petang semalam.

Ketika dihubungi Bernama, Mohd Suffian berkata, bot yang baru dibelinya tiga tahun lalu dengan harga RM280,000 berlepas dari Jeti Tok Bali, Kelantan bersama seorang tekong dan empat awak-awak Thailand kira-kira jam 10 malam pada Selasa lepas dengan bekalan minyak cukup untuk seminggu.

Kata Mohd Suffian, beliau mendapat tahu tentang kejadian itu setelah dihubungi awak-awak yang terselamat petang semalam.

Dalam pada itu gerakan mencari kehilangan nelayan terbabit dilancarkan walaupun menghadapi cabaran laut bergelora.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan ketika mengesahkan kehilangan bot itu berkata satu operasi besar-besaran dilancarkan pagi ini membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebaik sahaja menerima laporan mengenai kehilangan itu daripada polis Tumpat, Kelantan.

Katanya kesemua yang hilang terdiri daripada nelayan dari Thailand yang bekerja dengan pengusaha bot tempatan yang berdaftar di Tumpat membabitkan seorang tekong dan tiga awak-awak.

"Kami akan berusaha untuk mencari tetapi terpaksa berhati-hati dengan keadaan air laut yang berombak besar sekarang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?