Harap semua majlis agama sokong Mains


KUALA TERENGGANU, 10 November - Kerajaan negeri berharap semua majlis agama Islam tidak kira di Terengganu mahupun negeri lain bermuafakat dalam isu melibatkan hukum Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Sains Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata,  sepatutnya kekeliruan dalam kes rayuan yang dikemukakan tiga lelaki untuk berpakaian wanita tidak timbul.

“Hal macam ini sepatutnya tidak boleh dibenarkan kerana memang jelas ia haram di sisi Islam.

“Saya berharap mana-mana majlis agama Islam termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bersama menyokong Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung hal ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Ghazali, kebenaran yang diberi Mahkamah Rayuan seolah-olah melihat Islam tidak konsisten sedangkan dalam Islam sebarang hukum hakamnya tidak pernah berubah.

“Ini masa sesuai kita semua (majlis agama Islam) bersatu dan sebulat suara menyokong perkara ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan supaya tidak menjadi isu pada masa akan datang,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?