Hari ‘Asyura: Suatu Mesej Akidah


Kepercayaan dan amalan yang biasa kita dengari serta amalkan sejak sekian lama, kita dituntut untuk berpuasa sunat bagi meraikan dan menghormati hari kebesaran ini. Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam yang menyaksikan banyak sejarah dan keajaiban berlaku ke atas para Nabi dan Rasul. Asyura berasal dari perkataan Arab, ‘asyara’ yang membawa maksud 10, bertepatan dengan tarikhnya diraikan pada 10 Muharam dalam bulan hijrah saban tahun.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menarik jiwa para pembaca ke suatu konteks kefahaman dan pandangan dalam memahami mesej yang terkandung di sebalik tarikh yang diraikan ini. Tarikh ini bukan sekadar memperlihatkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam, malah pengajaran dan jalan ceritanya mengarah ke suatu destinasi yang sama. Ruang perbincangannya lebih luas daripada sekadar tuntutan berpuasa, malah merangkumi hal yang berkait rapat dengan kepercayaan dan tindakan kita sebagai seorang Muslim.

Kenapa dituntut berpuasa?

Hadis riwayat Ibnu Abbas R.A., dia berkata, “Ketika Rasulullah S.A.W. tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura. Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab, “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan kepada Nabi Musa A.S. dan Bani Israel atas Firaun. Kerana itulah pada hari ini, kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.” Mendengar jawapan itu, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Kami LEBIH BERHAK atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.” (Sahih Muslim)

Bersandarkan pada dialog yang dipaparkan dalam hadis tersebut, ucapan yang diucapkan Rasulullah S.A.W. itu setelah mendengar jawapan kaum Yahudi adalah suatu bentuk ucapan yang tegas dan laungan ‘al-isti’la’ yang tinggi dan jelas. Hal ini kerana, mulianya Musa A.S. adalah disebabkan mulianya dakwah Islam yang disampaikan baginda kepada Firaun, dan ‘kemenangan’ yang disebutkan oleh Yahudi itu, adalah kemenangan yang diperoleh setelah usaha dakwah itu mendapat pertolongan Allah S.W.T., Tuhan yang Satu.

Ketinggian Islam

“Islam adalah yang tertinggi, tiada yang lebih tinggi dari Islam.” Frasa ini disabdakan Rasulullah S.A.W. dalam meletakkan kedudukan Islam yang sebenar. Ia mengatasi apa sahaja jenis kepercayaan ideologi dan tindak tanduk yang selainnya. Hal ini disebabkan Islam bersumberkan dari Tuhan pencipta yang Ahad, yang menurunkannya kepada para Rasul dan sekalian manusia.

“Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, kerana kedengkian di antara mereka . Barang siapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya, Allah sangat cepat perhitungan-Nya.” (Ali Imran: 19)

Oleh itu, apabila Rasulullah S.A.W. mendengar dan melihat, ada satu kaum yang lain selain dari orang-orang beriman berpuasa mengatasi amalan seseorang muslim itu sendiri, nilai sensitiviti yang tinggi telah ditunjukkan oleh baginda S.A.W. Asasnya, adalah AKIDAH. Akidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul sebelum Rasulullah S.A.W. adalah akidah yang sama sepertimana yang dibawa oleh baginda. Ia adalah rantaian-rantaian yang panjang yang mengarah kepada Tuhan yang Esa.

Maka, dengan itu, kita sebagai muslim lebih berhak dalam hal itu, ia mengatasi kaum lain yang sombong dan tidak beriman sepertimana sebahagian kaum Yahudi tersebut (dalam konteks hadis tersebut).

Kaitan semasa

Bergerak ke suatu penilaian semasa, kita melihat terlalu banyak kejahilan dan kekufuran diangkat mengatasi Islam itu sendiri. Ia bukan sekadar diangkat lebih tinggi, malah berlaku penafian dan tolakan yang jelas ke atas manhaj Islam!

Idea liberalisme, pluralisme, sosialis dicampur dengan usaha merealisasikan idea-idea tersebut, seperti perjuangan hak asasi manusia tanpa had, kebebasan berfikir tanpa panduan dan sebagainya menggambarkan bahawa rujukan dalam tindakan mereka bukanlah pada Islam (Quran dan Sunnah), tetapi bersumberkan sesuatu yang lain darinya.

Peristiwa lain dan pendustaan

Tarikh ini juga, mengingatkan kita tentang peristiwa hitam berkisar Sayyidina Hussein bin Ali R.A. telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala, Iraq oleh puak Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya menfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah yang membunuh Sayyidina Hussein. Fitnah ini digembar-gemburkan oleh puak Syiah, dan mereka mengelirukan manusia meraikan hari ‘Asyura dengan ‘pesta menyakiti diri’ konon sebagai tanda kesal dan sedih atas kewafatan Sayyidina Hussein R.A. Tarikhnya adalah pada 10 Muharam 61H.

Peristiwa ini adalah peristiwa yang perlu kita fahami sejelasnya. Kita perlu ‘membaca’ kisah ini ‘di belakang garisan cerita’ yang dipaparkan. Ia bukan sekadar cerita hitam, malah mesej akidah juga sangat mendasar dan berasas. Syiah bukanlah suatu pecahan atau mazhab dari Islam, bahkan iaa merupakan suatu agama yang kafir dan sesat. Mesej akidah yang memisahkan di antara ‘hitam-putih’ ini adalah suatu pemisahan total. Syiah tidak mungkin Islam, dan Islam tidak mungkin Syiah!

Lampu merah dan perjuangan

Dari kaca mata kita sebagai seorang Muslim, kita memiliki prinsip yang jelas bertauhidkan kepada Allah Yang Maha Esa. Berbeza dengan golongan yang meletakkan akal nafsu mereka mengatasi wahyu. Maka pertembungan ini sedang berdepan ‘face to face’, kita tidak boleh memilih jalan perdamaian dan kompromi apabila ia melibatkan akidah (rujuk Al-Kafirun). Amaran ini perlu sentiasa hidup, dan kita perlu sentiasa diingatkan dengan bahaya ancaman musuh. Usaha yang rapi dan tersusun oleh musuh Islam dalam mengelirukan pemikiran akidah umat, mestilah diberikan perhatian sepenuhnya. Barangkali kesannya kita berasa sedikit buat masa ini, tetapi yang lebih kita bimbangkan adalah akidah umat dan generasi mendatang.

Asyura, bukan sekadar tarikh. Mesejnya jelas di sebalik nombor.


Muhammad Farris Bin Mohd Hanafi
Pelajar Tahun 2 Melaka Manipal Medical College (MMMC)
Exco Dakwah dan Media 13/14

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?