Ibu sempat lepas anak sebelum maut dilanggar


KUALA TERENGGANU, 10 November - "Kejadian berlaku dalam sekelip mata. Selepas dirempuh kuat oleh motosikal, saya lihat ibu masih bergerak sebelum terbujur kaku tidak bernyawa," kata salah seorang anak mangsa kejadian langgar berhampiran Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, semalam.

Siti Syamimi Azwa, 18, berkata, sebelum kejadian, dia bersama ibunya, Dayang C.Abd Kadir, 51 dan adik bongsunya, Mohamad Izzuddin Nazmi, 12 sedang berjalan kaki menuju ke kedai makan sebelum menghantar adiknya itu ke sekolah itu, disini.

"Keadaan ketika itu agak tenang dan tidak banyak kenderaan cuma ada beberapa buah motosikal sahaja. Entah bagaimana, sebuah motosikal tiba-tiba merempuh ibu yang sedang memimpin tangan adik. Tangan adik terlepas akibat rempuhan yang kuat dan ibu terbaring berlumuran darah di atas jalan.

"Saya masih trauma lagi dengan kejadian yang berlaku kerana tidak sangka kejadian kira-kira jam 7.15 pagi tadi (semalam) meragut nyawa ibu buat selama-lamanya. Adik yang ketika itu memegang tangan ibu juga masih trauma dan enggan  bercakap buat masa ini," katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?