Islam tuntut kecemerlangan diri


BANGI, 17 November – Kemerdekaan yang diberikan Islam kepada wanita bukan semata-mata berkaitan hak, tetapi lebih daripada itu ia menuntut kecemerlangan diri, ujar Aktivis Wanita ISMA, Hanan Othman.

“Kita sedia maklum tentang hak-hak wanita yang dijamin oleh Islam seperti hak pendidikan, hak kesihatan, kehormatan diri dan sebagainya.

“Namun seringkali kita terlupa bahawa di sebalik hak yang diberikan, Islam juga menyeru kita menjadi orang yang cemerlang dan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap  dalam forum ‘Aku Perempuan Merdeka’ di hari Beliawanis 2014 anjuran PEMBINA Melaka di Dewan Hang Tuah Ayer Keroh Country Resort, semalam.

Ujar Hanan, kebebasan yang diberikan Islam kepada penganutnya adalah agar mereka menggunakan potensi yang ada untuk memajukan hidup manusia, menjadi pemimpin dan pakar yang hebat dalam bidang masing-masing.

“Malangnya, dalam keadaan kita bangga dengan hak yang Islam berikan, kita tetap terbelenggu dan dijajah oleh kemalasan dan rasa kurang keyakinan dalam diri.

“Itu bukan jiwa merdeka yang dituntut oleh Islam.

“Sebaliknya, Islam menyeru umatnya untuk cemerlang dalam setiap apa yang mereka lakukan,” jelasnya.

Beliau yang juga Perunding Pembangunan Kepimpinan ISMA turut menyeru kepada semua hadirin yang hadir untuk memerdekakan diri dari penyakit-penyakit negatif ini dengan melonjakkan potensi masing-masing.

“Ia tidak bermula bila sudah habis belajar nanti, bila dah kawin nanti, atau bila dah ada anak.

“Tetapi bermula hari ini, saat ini,” serunya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?