KDN tahan Bible kerana wujud keraguan


KUALA LUMPUR, 4 November – Penahanan buku sebanyak 574 buah (133 tajuk), CD sebanyak 419 keping dan DVD sebanyak lima keping yang dibuat oleh pihak Kastam Diraja Malaysia di KLIA2 pada 25 Oktober lalu adalah disebabkan wujudnya unsur keraguan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata penahanan terhadap penerbitan yang mengandungi kalimah Allah tersebut dibuat kerana timbul keadaan yang menimbulkan syak kerana ia telah diturunkan ke terminal utama.

Pada kebiasaan, jika bagi tujuan transit, bagasi tersebut akan dipindahkan terus ke pesawat seterusnya dan tidak dibawa turun ke terminal utama.

Keraguan juga timbul kerana pada awalnya pembawa menyatakan penerbitan tersebut adalah untuk kegunaan sendiri, namun dinyatakan kemudiannya ia adalah bagi kegunaan gereja di Sabah.

Tambah kenyataan itu, pada masa ini, KDN sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pembawa berkenaan. Penerbitan tersebut akan dilepaskan sebaik mendapat pengesahan serta butir-butir lanjut daripada pembawa di Sabah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?