Logo halal tidak boleh diguna bersama lambang bukan Islam – JAKIM


PUTRAJAYA, 6 November – Logo halal tidak boleh digunakan pada produk yang dipromosikan sempena perayaan agama bukan Islam atau bersama lambang agama bukan Islam, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata tindakan syarikat yang menggunakan pembungkusan dengan imej yang berunsur ketuhanan adalah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia di bawah perkara 6.3 Pembungkusan dan Pelabelan.

Merujuk isu berikutan aduan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung produk air mineral yang terdapat imej berhala dan logo halal Malaysia, beliau berkata JAKIM mengarahkan syarikat berkenaan menukar pembungkusan itu bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

“Sekiranya syarikat itu enggan, tindakan penggantungan sijil halal boleh dikenakan ke atas syarikat atas kesalahan yang bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,” katanya.

- BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?