Orang Islam akan bangkit menentang jika tiada tindakan segera kerajaan
BANGI, 5 November – Orang Islam akan terus bangkit menentang kerajaan jika tiada tindakan segera terhadap Ahli Parlimen DAP, Oscar Ling berikutan dakwaannya bahawa sekolah agama turut menjadi punca pemisahan kaum di negara ini.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM) Datuk Dr Hasan Mad berkata, kita sama sekali tidak akan terus membiarkan orang bukan Islam mencabar dan memperlekeh Islam.
Dalam kes ini, kita desak kerajaan untuk mengambil tindakan segera ke atas Oscar.
“Dia perlu didakwa di bawah Akta Hasutan atas kenyataan biadapnya itu,” tegas Datuk Hasan kepada ISMAweb.
Tambah beliau, mereka (orang bukan Islam) perlu menerima bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan telah termaktub dalam perlembagaan negara dan telah diterima pakai oleh seluruh kaum dan bangsa di Malaysia.
“Jadi tidak perlu untuk mencabuli perlembagaan dengan apa-apa kenyataan atau sentimen,” ujarnya.
Oscar semalam mengeluarkan kenyataan dengan mengaitkan bahawa cubaan sesetengah pihak yang memburukkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) bersifat perkauman turut boleh dikaitkan dengan sekolah agama.
Soal Oscar, kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan