Pertikai sekolah agama: Satu pencabulan terhadap Perlembagaan


BANGI, 5 November – Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Cikgu Noorzamri Ibrahim menyelar kenyataan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (DAP) apabila cuba menyamakan kedudukan sekolah agama Islam dengan Sekolah Jenis Kebangsaan dengan mengatakan ia bersifat perkauman.

Kenyataan Oscar bukan sahaja menghina kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, bahkan merupakan satu pencabulan terhadap Perlembagaan Malaysia.

Ulas Cikgu Zamri, Pendidikan Islam telah lama melahirkan cerdik pandai yang petriotis dan amat toleran terhadap pelbagai bangsa yang datang ke negara ini sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi.

“Ianya telah pun terbukti sejak turun-temurun hingga ke hari ini.

“Sebaliknya sekolah vernakular hanya wujud setelah kedatangan penjajah Barat dan sejak dulu berkiblatkan negara asal masing-masing dan bertujuan untuk mempertahankan kecintaan dan identiti negara asal masing-masing.

“Kalaulah semua pengamal sekolah venakular tersebut sekarang ikhlas bahawa mereka sudah merupakan sebahagian daripada negara ini, mengapa perlu mempertahankan aspirasi zaman penjajahan ini?,” soalnya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, Oscar mengeluarkan kenyataan dengan mengaitkan bahawa cubaan sesetengah yang memburukkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) bersifat perkauman turut boleh dikaitkan dengan sekolah agama.

“Kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam,” kata Oscar.

Jelas Cikgu Zamri, apabila kenyataan tersebut keluar daripada pendirian seorang ahli politik, jadi kita sarankan kepada dia untuk terlebih dahulu belajar dan memahami perlembagaan.

“Kita tidak mahu melahirkan generasi masa depan yang biadap terhadap negara akibat gagal memahami asas pembinaan negara ini,” tegasnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?