Slime mold dan daie?

Manusia yang celik mata hatinya pasti sentiasa mencari hikmah dalam setiap perkara malah setiap benda yang wujud di sekitar hidupnya. Pencarian hikmah ini juga amatlah dituntut agar manusia sentiasa peka dan sedar akan kerdilnya diri ini jika mahu dibandingkan dengan penciptaan Allah Yang Maha Agung. Tatkala hati tersentuh rasa nikmatnya hikmah ini, maka sedarlah kita betapa hina dan dinanya manusia dan betapa besarnya Sang Pencipta. Maka izinkan saya untuk berkongsi sebuah hikmah dari seekor slime mold.


Nampak seperti tumbuhan bukan? Hakikatnya Slime mold  merupakan salah satu kelas organisma sama seperti fungi, tumbuhan mahupun binatang dan ia layak mendapat klasifikasinya yang tersendiri kerana kemampuannya untuk menggunakan spora untuk membiak. Apa yang paling menarik untuk kita lihat adalah bagaimana organisma ini menggunakan  mekanisme yang cukup hebat bagi memastikan keberlangsungan hidupnya. Slime mold mampu hidup bersendirian sebagai satu sel sekiranya bekalan makanan dan nutrisi cukup dalam persekitarannya. Namun apa yang menakjubkan adalah apabila organisma ini berhadapan dengan cabaran yang mana bekalan makanan tidak mencukupi dan hal ini menyebabkan slime mold untuk bergabung dan membentuk satu struktur yang dipanggil ‘fruiting body’. Struktur ini seterusnya akan melepaskan spora ke habitat yang lain yang berkemungkinan terdapat bekalan makanan dan nutrisi bagi mereka.

Lebih menakjubkan lagi para pembaca sekalian, tatkala ‘slime mold’ ini membentuk struktur ‘fruiting body’ ini, ada di antara sel-sel yang mengorbankan diri mereka bagi membina asas struktur seterusnya berusaha untuk mengangkat sel-sel yang lain bagi membentuk spora. Mereka melakukannya semata-mata untuk bertahan dan hidup dalam persekitaran tersebut dan kesannya, ada di antara sel-sel yang berada di bawah mati akibat mekanisme ini. Subhanallah, menakjubkan sungguh apa yang mereka lakukan dan lebih menakjubkan lagi Sang Penciptanya. Malah, ada seorang pengkaji dari Princeton University telah mengkaji mekanisme ini selama lebih dari 70 tahun! Betapa takjubnya mekanisme slime mold ini bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran darinya. (video mekanisme ini boleh ditonton di sini: https://www.youtube.com/watch?v=bkVhLJLG7ug)

Begitulah kita sebagai daie wahai pembaca sekalian. Sanggupkah kita mengambil hikmah dari sebuah pengorbanan seekor slime mold? Sanggupkah kita melakukan pengorbanan demi perjuangan menegakkan Islam seperti sel-sel slime mold  yang mengorbankan diri mereka semata-mata untuk keberlangsungan hidup sebahagian dari mereka. Bahkan kita sebagai manusia harus berasa malu dengan makhluk yang halus ini dek kerana perpecahan kita sesama Islam. Sedangkan sel-sel slime mold ini tidak pernah bergaduh sesama mereka mahupun saling berbunuhan semata-mata tidak mahu menjadi sel yang di bawah. Jadi, jangan risau wahai para daie di luar sana sekiranya tiada siapa yang pandang usaha mahupun pengorbanan kita. Jangan risau wahai para daie sekiranya kita tiada nama di mata dunia. Buang lah sikap taksub terhadap nama dan pangkat. Buanglah sikap taksub dengan perhatian manusia, niscaya kita akan merasa cukup dengan pandangan Allah. Jadilah kita seperti slime mold yang sanggup mengorbankan diri demi kepentingan bersama, kerana pengorbanan sebenar hanya terletak pada pandangan Allah sama seperti pengorbanan yang menjadi fitrah bagi seekor slime mold.


Daie bumi Amerika
ISMA US Canada

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?