Ustaz Fauzi persoal pihak nafi Melayu Islam terancam


BANGI, 25 Nov – Naib Presiden 1 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni mempersoalkan tindakan sebahagian pimpinan DAP dan beberapa orang Melayu penyokong PR yang menafikan bahawa Melayu Islam terancam di Malaysia.

Katanya, mereka nampak bersungguh menafikan perkara itu.

“Mereka telah menyusun forum, dialog, penulisan dan kempen-kempen dengan harapan agar orang Islam Melayu tidak perlu gusar apa-apa kerana tidak ada apa yang berlaku,” katanya.

Seperti forum ‘Adakah Melayu dan Islam Terancam?’ yang dianjurkan semalam, para panelis yang dijemput menyimpulkan bahawa Melayu dan Islam tidak terancam di Malaysia.

Sebaliknya, mereka membuat dakwaan bahawa UMNO pula yang terancam.

Soal Ustaz Fauzi, apa yang hendak mereka sampaikan sebenarnya.

“Adakah mereka masih lagi mahu mengatakan orang Islam tidak perlu bimbang dengan tuntutan COMANGO yang mahu mengubah banyak perkara dalam perlembagaan dengan menganggap ianya tuntutan biasa?

“Adakah mereka hendak menyatakan bahawa orang Islam jangan bimbang dengan tindakan orang bukan Islam cabar titah Sultan sebab itu pun bukan bagi kesan apa-apa pun kepada orang Islam Melayu?

“Ulil Abshar nak bagi ceramah di Malaysia, tidak mengapa, jangan bimbang. Tidak ada orang Malaysia akan terima pemikiran dia?” soalnya.

Tambah Ustaz Fauzi, beliau pelik memikirkan sikap orang Melayu yang merasakan hak mereka tidak terancam.

“Bagi yang bukan Islam dari DAP, dia nak cakap apa, cakaplah.

“Tetapi yang orang Islam tolong tenangkan orang Islam Melayu supaya jangan buat apa-apa terhadap semua ancaman itu kenapa?

“Sudahkah mereka hilang sensitiviti?” soalnya lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian