Daie dan distinction


Oleh : Muhd Khairullah Bin Muhamad

MANIPAL, , 12 Dis -  Melaka Manipal Medical College (MMMC) hari ini menyaksikan satu acara yang dinamakan “ 17th College Day & Awards Ceremony “ bertempat di Hotel Fotune Inn Valley View , Manipal bagi meraikan kejayaan para pelajar dalam beberapa anugerah . Hadir bersama penerima anugerah adalah salah seorang aktivis ISMA India , Muhammad Farid Bin Ali  . Pelajar perubatan tahun 2  ini yang ditemui segak berbaju batik  memanjatkan kesyukuran atas pencapaiannya yang dikira satu rezeki dan nikmat daripada Allah SWT .

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR ) ini telah berjaya merangkul 3 anugerah dalam peperiksaan MBBS tahun satu , iaitu :

1 ) Distinction in Anatomy Phase 1 Stage 1

2) Distinction in Biochemistry Phase 1 Stage 1

3) Distinction in Physiology  Phase 1 Stage 1

Ketika ditanya mengenai pendorongnya untuk terus berusaha demi mencapai cita-cita sebagai seorang doktor yang berbakti untuk ummah, ahli jawatankuasa Malaysian Students Association Of India (MSAI ) Manipal  ini menjawab :

“ Ibu bapa saya , merekalah penguat semangat saya ketika saya lemah “

Selain cemerlang dalam bidang akademik , beliau juga aktif dalam bidang sukan seperti Ragbi dan Bola Sepak . Beliau turut disenangi oleh rakan- rakannya oleh kerana sikap rendah diri dan sering membantu rakan-rakannya yang memerlukan bantuan .

Pihak ISMA India turut mengucapkan jutaan tahniah kepada pelajar-pelajar yang diraikan atas kecemerlangan masing-masing dalam acara yang diadakan setahun sekali ini . Kami juga menyeru agar para pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang seperti akademik, sukan , kepimpinan dan sebagainya bagi melahirkan pelajar yang serba boleh .

Mabruk alaikum!

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian