Doris Jones nekad keluarkan Sabah Sarawak dari Malaysia


BANGI, 1 Dis – Seorang wanita kelahiran Sabah yang menetap di United Kingdom, Doris Jones nekad meneruskan usahanya untuk mengeluarkan Sabah Sarawak dari Malaysia.

Dalam entri Facebooknya sejak semalam dan hari ini, ISMAweb mendapati Doris telah memuatnaik beberapa status yang masih mempertikai keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengharamkan semua pertubuhan dan pemimpinnya yang berkempen untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Antara kenyataan Doris yang disiarkan 5 jam lalu ialah ‘It is okay by me , to call me stupid. I am stupid enough because i unable to save Sabah much earlier. However, as a man, what is your contribution?’ dan’Join the fight – my appreciation and thank you Hendcliff Daff Lastin of Kudat Sabah’.

Dia juga berkata, ‘”here is nothing dangers or to be scared of for Sabah be Independence, gain our rights or be the actual equal partners; all this is relevant. Of course, if as equal partners is fail to be recognise..secession is the answer. Full autonomy is be Independence. Independence means not being occupied. FULL STOP.”

“Give Sabah stand on our feet and let us have the time of between 20-30 years; I can assure you SABAH is one of State same standard as Singapore,” demikian antara status di Facebooknya.

Baru-baru ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua pertubuhan yang berkempen membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia adalah haram, susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan dan menambahbaik akta itu.

Katanya, Pendaftar Pertubuhan sudah menggazetkan (sebagai haram) semua nama pertubuhan berkenaan.

Menurut Doris dalam kenyataan rasmi di blog miliknya (www.sabahsarawakmerdeka.com) bertarikh 28 November, dia tetap nekad meneruskan perjuangannya untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia sekalipun telah diputuskan haram oleh Kementerian Dalam Negeri.

Ini berikutan ujar Doris, SSKM merupakan Kumpulan Sosial yang ditubuhkan di dalam Facebook dan telah menjadi sebuah NGO yang berdaftar penuh di United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK).

“Jadi, tindakan KDN dan ROS tidak mempunyai hak dan locus standi untuk mengharamkan mana-mana kumpulan sosial yang ditubuhkan dalam Facebook.

“Maka, pengharaman tersebut adalah tidak sah kepada kumpulan SSKM,” tegas Doris.

Ujarnya lagi, mereka tidak akan berganjak daripada pendirian bahawa negeri Sabah dan Sarawak mesti dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia.

Dia memberi jaminan bahawa perpisahan negari Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia ini pasti berlaku dan menjadi kenyataan.

“Saya tidak menafikan bahawa ia mungkin memakan masa bertahun-tahun tetapi saya melihat itu adalah satu peluang untuk pihak SSKM mengukuhkan lagi perjuangan ini.

“Ini supaya rakyat negeri Sabah dan Sarawak terbuka mata untuk melihat segala kepincangan Malaya yang selama ini telah menjajah Sabah dan Sarawak secara halus melalui tiga cara yang jelas telah dan sedang dilakukan selama ini,” kata Doris.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian