Dua maut bantah keputusan mahkamah


KAHERAH MESIR, 1 Dis - Sekurang-kurangnya dua penduduk maut apabila pasukan keselamatan Mesir menyerang kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Tahrir, kelmarin.

Perhimpunan itu bagi membantah keputusan mahkamah yang menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak.

Media tempatan melaporkan, sembilan penunjuk perasaan turut cedera manakala beratus-ratus yang lain ditahan.

Memetik laporan Press TV, menurut saksi, kenderaan berperisai serta polis anti rusuhan menutup pintu masuk ke Dataran Tahrir pada sebelah petang.

Beberapa jam sebelum itu, mahkamah Mesir menggugurkan tuduhan membunuh terhadap Mubarak, berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011.

Mahkamah sama juga membebaskan Mubarak daripada satu pertuduhan rasuah melibatkan eksport gas ke Israel.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian