John Kerry: Negara-negara Arab sedia ‘bertahaluf’ dengan Israel melawan Hamas
WASHINGTON, 8 Dis – Terdapat beberapa buah negara Arab bersedia untuk bekerjasama dan menjalin hubungan damai bersama Israel menentang kumpulan Hamas.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry berkata, situasi terkini menunjukkan berlakunya ‘keganasan’ di Timur Tengah dan ia memberi peluang untuk mewujudkan satu bentuk tahaluf atau kerjasama antara Israel dan negara-negara Arab.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama negara-negara Arab yang bersedia bekerjasama dengan Israel bagi menentang Hamas, kumpulan militan IS, kumpulan pembebasan Syam (antara kumpulan pembangkang di Syria) dan kumpulan Boko Haram di Nigeria.
John Kerry berkata demikian dalam satu majlis di Institut Brookings di Washington semalam.
Selain itu, menurut pegawai diplomasi Amerika, John Kerry sedang berusaha meneruskan perjanjian damai antara Israel dan Palestin yang tertangguh sejak serangan Israel ke atas Gaza pada April lalu.
Aljazeera.net
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan