Kalimah Allah: NGO Islam Pulau Pinang terus beri tekanan kepada Lim Guan Eng


PULAU PINANG, 19 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seberang Perai Utara bersama-sama Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) sebuah gabungan pertubuhan NGO-NGO Islam seluruh negeri Pulau Pinang bersepakat mendesak agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas dan segera terhadap kebiadaban Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas keceluparannya memainkan isu sensitif kalimah Allah baru-baru ini.

Memetik laporan media sebelum ini, Lim Guan Eng berkata orang bukan Islam di negeri ini bebas untuk menggunakan kalimah “Allah” dan mereka tidak terikat dengan enakmen yang diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Dalam satu pertemuan meja bulat yang mengumpulkan 34 wakil NGO Islam di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas malam tadi wakil ISMA, Tuan Muhammad Luttfi Abdul Khalid menegaskan telah banyak laporan polis dibuat sama ada di Pulau Pinang mahupun di negeri-negeri lain berhubung isu kalimah Allah yang cuba dibangkitkan oleh Lim Guan Eng, namun sehingga kini tiada satu pun tindakan tegas telah dikenakan ke atasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Bela Hak Insan (GABUNGAN) Ustaz Hafiz Nordin menegaskan Lim Guan Eng telah mencemari keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa kalimah Allah bukanlah sebahagian daripada bahagian asas dalam agama Kristian.

Ia diputuskan di dalam kes Roman Titular Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan lain (2013).

Jelasnya, Lim Guan Eng mesti menghormati keputusan tersebut.

“Perbuatan Lim Guan Eng sangat jelas boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum serta boleh mencetuskan keegangan antara agama.

“Lim Guan Eng mestilah menahan diri daripada terus menjadikan dirinya sebagai batu api dengan melaga-lagakan antara umat Islam dan orang Kristian yang selama ini hidup rukun damai di Malaysia,” kata beliau.

Pengerusi Gabungan Peguam-peguam ISMA (iPeguam) Tuan Muhammad Luttfi Abdul Khalid berucap dalam persidangan meja bulat malam tadi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian