NGO India dakwa al-Quran bahasa Tamil beri ‘kesan buruk’


KUALA LUMPUR, 14 Feb – Bimbang dengan kesan buruk kepada orang bukan Islam, Gabungan NGO India membantah terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Tamil.

Pengerusi Gerakan Hormat Semua Bangsa dan Agama (RARE) Malaysia, Kannan Ramasamy berkata dalam satu sidang media hari ini, cara paling senang untuk menyebarkan naskah tersebut ialah kepada pelajar di sekolah namun pihaknya khuatir akan kekeliruan mengenainya.

“Kenapa harus edar kepada mereka yang bukan Islam? Kami ada kitab kami sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal liberal Malaysiakini.

“Kami risau sekiranya kitab suci yang diberi secara percuma kepada kanak-kanak bawah umur di sekolah dan orang bukan Islam, ia akan menimbulkan kekeliruan mengenai agama,” tambahnya.

Sebelum ini, akhbar The Star melaporkan program kitab terjemahan “One Soul One Quran” anjuran Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik (IIS) untuk menerbitkan terjemahan al-Quran dalam empat bahasa (Bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu), untuk diedarkan kepada masyarakat.

Jakim juga turut bekerjasama dalam penghasilan kitab terjemahan tersebut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian