PR akan hilang sokongan massa jika PAS tiada


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 23 Mac – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman meramalkan bahawa pakatan rakyat (PR) akan kehilangan massa jika PAS tidak bersama mereka lagi.

Beliau berkata, selama ini yang meramaikan himpunan BERSIH, ’road show’, kempen dan semua himpunan yang dianjurkan PR adalah pengikut PAS.

“Setiap kali pilihan raya, pengikut PAS jugalah yang bertungkus lumus menjadi petugas di lapangan.

“Jadi, pada saya DAP dan PKR akan merasai kehilangan besar jikalau Pakatan Rakyat berpecah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini sebagai mengulas mengenai ketengangan yang berlaku ketika ini melibatkan ketiga-tiga parti mengenai isu hudud.

Khamis lalu, Dewan Undangan Negeri Kelantan sebulat suara meluluskan undang-undang hudud yang dibentangkan oleh Kerajaan PAS Kelantan.

PKR dua hari lalu memutuskan mengikut langkah DAP untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Baru-baru ini, DAP Sarawak mengumumkan bakal keluar daripada PR manakala DAP Sabah pula memutuskan untuk membekukan semua bentuk kerjasama dengan PAS di negeri itu.

Terdahulu, Ahli Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun meminta semua anggota pakatan pembangkang menggantung sebarang bentuk kerjasama dengan PAS buat sementara waktu sebagai tanda protes terhadap tindakan parti itu meluluskan rang undang-undang hudud di Kelantan.

Susulan itu, DAP akan mengumumkan kedudukan dan pendirian DAP berkaitan PAS pada mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Khamis ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian