Kemerosotan undi Rompin amaran tegas buat BN

Haji-Aminuddin

Haji Aminuddin Yahaya

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 6 Mei – Penurunan majoriti undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin memberi amaran kepada parti itu yang mereka tidak lagi boleh leka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya, berkata penurunan majoriti yang banyak sehingga 41 peratus itu adalah isyarat kepada BN.

“Mereka tidak lagi boleh leka dan perlu memahami masalah rakyat. Ini kerana perlumbaan akan berlaku antara PAS dan UMNO untuk memenangi hati pengundi Melayu.

“Justeru, isu-isu yang menyentuh Melayu mesti diberi keutamaan. Jika tidak, trend ini akan berlarutan hingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di mana makin ramai pengundi Melayu akan menolak BN.

“Pada waktu itu, BN akan tersungkur,” katanya kepada Ismaweb.

Dalam PRK Rompin semalam, calon BN, Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,796 undi atau 61 peratus, manakala calon PAS, Nazri Ahmad mendapat 14,901 undi atau 39 peratus.

Hasan menewaskan Nazri dengan majoriti 8,895 undi.

Mengulas lanjut Haji Aminuddin berkata, PAS mengekalkan bilangan pengundi yang sama iaitu 14,901 yang bermakna penyokong mereka tetap setia kepada parti mereka.

“Namun, kemenangan PAS di beberapa kawasan FELDA menunjukkan bahawa terdapat undi protes dari peneroka terhadap BN yang mana selama ini FELDA adalah deposit selamat untuk BN.

“Kalau trend ini berterusan maka PRU-14 akan menunjukkan lebih ramai peneroka akan menolak BN. Ini perkembangan baik untuk PAS,” katanya.

Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Perkara yang sama diutarakan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Beliau berkata, kemerosotan 41 peratus majoriti BN ini wajar direnung berikutan pengundi Rompin yang selama ini merupakan kubu BN telah menunjukkan sikap protes mereka.

“Walaupun belum memberikan kemenangan kepada PAS, tetapi mereka telah membunyikan loceng awal untuk menyedarkan pemimpin BN mengenai dasar pemerintahannya yang perlu diperbetulkan.

“Tahniah BN kerana menang dalam kalah, dan PAS pula kerana kalah dalam menang,” kata beliau dalam status Facebooknya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian