Militan Syiah Houthi serang bandar Arab Saudi

najran-2

RIYADH, 6 Mei – Arab Saudi menutup semua sekolah dan menggantung penerbangan ke Najran, bandar di barat daya negara itu dan berdekatan dengan sempadan Yaman, selepas militan Syiah Houthi menyerang bandar itu, semalam.

Militan Syiah dilaporkan melepaskan bedilan mortar dan melancarkan peluru berpandu Katyusha dari Yaman yang mengenai sekolah, rumah, kereta dan padang hospital di bandar itu.

Jurucakap tentera pakatan negara Arab, Brig Jeneral Ahmed Assiri, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi pihaknya menerima maklumat mengatakan ada orang awam yang cedera selepas padang hospital terkena bedilan.

“Serangan balas darat dan udara sudah dilancarkan sebagai tindakan balas terhadap tindakan berbahaya itu,” katanya kepada stesen TV Arab Saudi.

Arab Saudi sudah mengerahkan helikopter tempur jenis Apache untuk menyerang kedudukan militan di sempadan kedua-dua negara.

Katanya, serangan militan seperti itu sudah diramal dan ia adalah sebagai langkah mendesak tentera pakatan supaya menggantung operasi ketenteraan di Yaman. najran-1

“Militan Houthi enggan mematuhi Resolusi 2216 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meletak senjata yang menunjukkan mereka tidak mempunyai agenda politik, tetapi hanya mahu melakukan pembunuhan,” katanya.

Ahmed Assiri memberi jaminan kepada penduduk Najran bahawa keadaan adalah terkawal dan tentera darat serta pengawal sempadan sedang mengesan kedudukan pihak yang berani melakukan serangan itu.

“Ini bukan satu ancaman besar kerana sempadan Arab Saudi dan Yaman diliputi pergunungan kasar. Hanya beberapa mortar saja boleh dibawa ke kawasan itu dan ia tidak memberi ancaman kepada pos kawalan sempadan,” katanya.

Sementara itu, Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh dalam serangan roket militan di Najran, manakala lima askar Arab Saudi ditangkap oleh pemberontak.

“Ini adalah perkembangan terbaru. Sebelum ini, pertempuran hanya membabitkan tentera Arab Saudi dan militan, tidak membabitkan bandar,” kata wartawan Al-Jazeera, Mohamed Vall. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian