Terengganu wajibkan iklan dalam tulisan Jawi

surat

Oleh Siti Fatimah Ishak

KUALA TERENGGANU, 6 Mei – Bagi memperkasa dan menghidupkan semula tulisan Jawi di kalangan generasi muda, Kerajaan Terengganu sudah mengeluarkan arahan mewajibkan penggunaan tulisan Jawi dalam semua bentuk paparan iklan di seluruh negeri itu.

Keputusan itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda dalam pekeliling kepada semua jabatan negeri dan Persekutuan, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan melalui satu surat bertarikh 8 April 2015.

Dalam pekeliling itu, beliau berkata, pihak berkuasa negeri telah membuat keputusan mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada semua iklan termasuk billboard, bunting, banner, poster dan papan tanda.

“Semua jabatan dikehendaki memastikan setiap iklan yang diluluskan mematuhi arahan ini dengan serta-merta bagi permohonan baharu.

“Ia juga tertakluk untuk permohonan yang telah diluluskan sehingga tempoh 15 April lalu, paparan iklan yang sedia ada tempoh mula pelaksanaan pada tarikh penyambungan lesen berikutnya,” ujarnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian