Forum Ramadhan di Masjid Cina Melaka gencarkan persiapan hadapi bulan ibadah

melaka

Melaka, 14 Jun – Sempena bulan Ramadan yang semakin hampir, Wanita ISMA cawangan Melaka telah mengadakan forum Syoknya Ramadan di Masjid Cina Al-Muttaqin, Krubong di sini.

“Program ini memberi ruang kepada masyarakat untuk bersiap sedia menghadapi bulan Ramadan yang mulia dengan pengisian yang mantap oleh panelis-panelis,” kata YDP ISMA Melaka Ir. Hj. Mohd Khousaini Mohd Naim ketika memberi ucapan perasmian program ini.

Antara panelis yang hadir ialah Ustaz Ahmad bin Zainal Abidin, Setiuasaha Majlis Ulama ISMA (MUIS) dan Ustazah Rosita binti Rejab daripada Wanita ISMA Melaka, turut hadir duta Aman Palestin Puan Farah Adeeba.

Sekurang-kurangnya seramai 200 orang penduduk di sekitar Krubong menghadiri forum ini.

Menurut salah seorang penduduk yang hadir, program ini membantu masyarakat Islam membuat persiapan untuk beramal dalam bulan puasa.

ISMA berharap agar bulan Ramadan kali ini dapat dijalankan dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah serta mendapat syurganya.

Oleh Fasihah Bt. Sulaman

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian