Gantikan Islam dengan politik penjajah ‘tamat tempoh’

01-ustz-lah

Oleh Azri El

BANGI, Selasa – Sistem politik warisan penjajah bukan sahaja sudah tamat tempoh sah laku, malah selepas 50 tahun, kesannya sangat jelas mengakibatkan kerosakan besar dalam masyarakat.

Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, negara Barat khususnya Amerika Syarikat, sedar akan hakikat sistem mereka yang semakin tidak relevan ini, dan berusaha untuk merubahnya kerana tidak mahu kepentingan mereka di negara Islam terjejas.

Sekalipun sistem lapuk itu cuba diberi nafas baru dengan melakukan pelbagai transformasi termasuk politik, ekonomi dan undang-undang, ia tidak memberi apa-apa makna kepada pembangunan sebuah negara bangsa.

“Saya tidak percaya ia akan berhasil, apa yang berlaku ini jika dilihat dari kepentingan nasional apalagi masa depan agama dan bangsa.

“Langkah transformasi pemerintah ini juga tidak memihak kepada Islam dan tidak menjanjikan masa depan yang panjang untuk pentadbiran mereka.

“Jadi sebenarnya kita tidak ada pilihan kecuali kembali kepada Islam dan melakukan taubat nasuha,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdullah berkata, sejak merdeka, sistem Barat telah memecahkan negara Islam menjadi negara nasionalis sekular.

Katanya, walaupun struktur negara dari segi perlembagaan dan perundangan masih mengekalkan saki baki sistem pemerintahan Islam termasuk sistem beraja seperti zaman sebelum merdeka, pemerintah memilih untuk tidak kembali kepada semangat pemerintahan Islam.

“Sebaliknya meneruskan pentadbiran yang diwarisi oleh penjajah. Pemerintah lebih dipengaruhi politik machiavelli berbanding politik Islam iaitu politik kuasa dan harta,” katanya.

Natijahnya 50 tahun bergelumang dengan sistem sekular ini, kata Abdullah, masyarakat menjadi porak-peranda, hilang nilai agama.

Ia termasuk rasuah dan salah guna kuasa menjadi budaya yang tidak dapat diubat menyebabkan kekayaan terkumpul pada sebilangan kecil masyarakat dan sebahagian mereka menjadi diktator.

“Kelompok elit ini akhirnya leka dengan kemewahan dan gagal melihat kepentingan pembangunan masyarakat apalagi berkaitan dengan pembangunan agama dan bangsa.

“Akhirnya berlaku jurang antara rakyat dan elit pemerintah. Kepercayaan telah hilang dan segala jalan keluar menjadi tersumbat,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian