Isma Klang hidupkan bahang Ramadhan

ust rizal

KLANG, 14 Jun – Seramai 100 orang penduduk sekitar Kampung Atap di sini telah menghadiri Program Nur Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Klang dengan kerjasama Ahli-ahli Jawatankuasa Surau Kampung Atap.

Program bertempat di Surau Kampung Atap ini bertujuan mempersiapkan hadirin untuk melalui bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba.

Penceramah jemputan untuk program ini, Al-Fadhil Ustaz Rizal Sabran telah menekankan aspek kesyukuran kita sebagai seorang muslim yang dipilih oleh Allah swt untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang akan menjelma.

Beliau turut menasihatkan agar sesiapa yang diizinkan Allah untuk mengecapi nikmat Ramadhan yang akan datang supaya tidak mensia-siakan peluang untuk merebut pahala dan pengampunan dari Allah swt.

Sementara itu dalam temubual besama Ketua Penerangan ISMA Cawangan Klang, En. Asmadi Abdul Samad menyatakan bahawa ISMA Klang telah menyusun pelbagai program dalam meraikan karnival ibadah sempena Ramadhan tahun ini.

Antara program menarik yang bakal disediakan ialah ‘Masih Ada Yang Sayang’ yang dianjurkan khas membantu menyalurkan bantuan sepanjang Ramadhan ini kepada umat Islam yang tidak bernasib baik di daerah Klang.

Untuk program ini pihak ISMA Klang mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai yang boleh disalurkan terus ke akaun bank Ikatan Muslimin Malaysia dengan menghubungi Bendahari ISMA Cawangan Klang, En Azhan Abu Bakar di talian 017-2410991.

ISMA Klang turut mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di Malaysia dan mengharapkan seluruh muslimin menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan terbaik bagi kita.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian