Kebakaran di Makkah: Tiga cedera 500 dipindahkan dari Hotel Hilton

makkah-fire

MAKKAH, Ahad – Sekurang-kurangnya 500 penghuni Hotel Makkah Hilton di sini yang turut menjadi tempat penginapan jemaah umrah dari Malaysia dipindahkan selepas tingkat dua terbakar, semalam.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramai jemaah dari Malaysia yang menginap di hotel berkenaan.

Akhbar Arab Saudi melaporkan tiga anggota Pertahanan dan Keselamatan Awam Makkah cedera ketika mereka cuba memadam kebakaran yang berlaku di tingkat dua hotel berkenaan yang menempatkan restoran dan pusat beli-belah.

Jurucakap Pertahanan Awam Makkah, Kolonel Saeed Sarhan berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengesan punca kebakaran yang dipercayai bermula di tingkat dua itu.

“Anggota Pertahanan Awam bergegas ke lokasi kebakaran dan memindahkan kira-kira 500 penghuni, pekerja dan pemilik kedai di hotel berkenaan,” katanya.

Ini adalah kali kedua kebakaran berlaku di Makkah dalam tempoh empat hari. Rabu lalu, empat pekerja rentung manakala tiga lagi cedera selepas bengkel set sofa seluas 3,500 meter persegi di Sharayea Al-Mujahideen, terbakar. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian