GHB sah bergerak sebagai parti politik
KUALA LUMPUR, Isnin – Gerakan Harapan Baru (GHB), pergerakan yang diwujudkan oleh kumpulan serpihan Pas, hari ini secara rasmi bergelar parti politik mengambil alih Parti Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, walaupun proses pendaftaran nama baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum dilakukan. GHB mencadangkan nama baru parti itu Parti Amanah Negara (Amanah) dan akan mengemukakannya kepada ROS sebelum pelancaran rasmi pada 16 September. Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, GHB mengambil alih dan menjenamakan semula parti pekerja selepas permohonan untuk meletakkan nama Parti Progresif Islam (PPI) ditolak oleh ROS. “Kami telah memohon pendaftaran sebuah parti Islam yang baharu bernama Parti Progresif Islam (PPI) selari dengan hak yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. “Memahami akan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan sebuah parti baharu melalui pengalaman di dalam negara ini, maka GHB pada masa sama sama mencapai matlamatnya melalui wadah politik sedia ada,” katanya pada ...