Bebaskan Anwar turut jadi agenda Bersih 4.0?
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, Isnin – Mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, adalah matlamat Bersih 4.0 mengadakan perhimpunan, selain daripada empat tuntutan asal mereka.
Itu antara kata-kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Maria Chin Abdullah ketika mengumumkan gabungan itu akan mengadakan perhimpungan di tiga bandar di seluruh negara kelmarin dan semalam.
Perhimpunan sejak tengah hari di beberapa kawasan di ibu negara kelmarin hingga semalam, malah ada yang bermalam di dalam khemah diibaratkan sebagai satu pesta, apa lagi ketika negara menyambut malam ambang kemerdekaan.
Asalnya Bersih membuat empat tuntutan iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, selamatkan ekonomi dan hak membantah, namun kali ini tujuan utamanya adalah mendesak Najib meletak jawatan dengan memberi beberapa alasan.
Namun, apakah hanya itu tujuan Bersih 4.0 diadakan?
Ismaweb.net menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan bukan setakat kumpulan baju kuning saja berkumpul membawa pelbagai sepanduk, malah ada pihak lain yang mungkin mengambil kesempatan ‘sambil menyelam minum air’ atau mungkin juga salah satu agenda Bersih 4.0.
‘#Bebas Anwar’ ‘#Selamatkan Malaysia’ adalah tulisan pada sepanduk yang dibawa oleh kumpulan baju hitam yang kemudian bergabung dengan kumpulan baju kuning dalam perhimpunan Bersih 4.0 itu.
Berikutan itu, ada pengguna laman sosial yang mengecam tindakan kumpulan baju hitam ini yang didakwa telah menganggu dan melibatkan peserta Bersih 4.0 dalam agenda parti mereka.
Mereka mendakwa Bersih 4.0 sebenarnya digunakan oleh parti politik bagi mendesak kerajaan membebaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dari penjara.
Malah, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika berucap di hadapan Kompleks Sogo di ibu negara juga dilaporkan mendesak supaya suaminya dibebaskan.
10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar yang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti secara 100 peratus mengenai sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA.
Bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
BERITA BERKAITAN:
KATA PEDANG: Tahniah Melayu, kasihan Bersih Najib tak letak jawatan juga
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan