DBKL akan tuntut ganti rugi dari Bersih

DBKL_LOGO

BANGI, Ahad – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyatakan bahawa pihaknya akan membuat tuntutan ganti rugi terhadap penganjur perhimpunan haram, Bersih 4.0, minggu hadapan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, setakat ini DBKL masih dalam proses mengenal pasti kesan-kesan kerosakan disebabkan perhimpunan sehingga ianya berakhir tengah malam ini.

“Kita perlu mengumpul bukti-bukti sebelum membuat tuntutan terhadap kos kerugian kepada penganjur. Terdapat kawasan yang terkesan terutamanya dalam aspek penyelenggaraan sampah dan kerosakan pada pokok-pokok tanaman DBKL.

“Tuntutan itu akan dikemukakan selepas semua kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan terhadap kerosakan harta benda awam dibuat.

“Perkara ini telah dijelaskan semasa perjumpaan bersama penganjur sebelum ini, bahawa DBKL akan menuntut kerugian di atas sebarang harta benda yang terjejas disebabkan aktiviti berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, tuntutan juga dibuat berikutan DBKL menggunakan khidmat Alam Flora untuk kerja-kerja membersihkan pusat bandar.

“Sekiranya kerja-kerja pembersihan itu dilakukan berpunca daripada himpunan haram ini, itu yang kita akan buat tuntutan kepada penganjur.

“Kita tidak mahu DBKL menanggung kos tersebut,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian