Impian penarik beca tunai haji tercapai

penarik-beca

AGRA, Ahad- Seorang penarik beca, bekerja keras selama bertahun-tahun semata-mata bagi memenuhi impiannya untuk melaksanakan Rukun Islam Kelima.

Menunaikan haji telah menjadi impian yang begitu lama buat Jahangir Khan Abbasi, 62. Jahangir merupakan seorang penarik beca di bandar Agra, Uttar Pradesh di utara India.

Jahangir bekerja keras untuk menyimpan wang simpanan bagi merealisasikan impiannya ke Tanah Suci. Beliau bermula sebagai penarik beca, sebelum membeli beberapa buah beca lagi untuk disewakan.

Beliau pernah memohon menunaikan haji pada tahun lepas, namun ianya ditolak.

Semalam, impian Jahangir tercapai apabila beliau berangkat ke Arab Saudi bersama isterinya, Zeenat Begum, bagi menunaikan ibadah haji.

Kisah Jahangir Khan Abbasi mengingatkan kita bahawa kesabaran dan ketabahan mempunyai hikmah tersendiri. Kesukaran hilang dan halangan lenyap apabila sesuatu yang amat diimpikan tercapai.

Demikian juga bagi Jahangir yang telah melalui liku-liku hidup yang penuh kesukaran sebagai penarik beca. Namun, impian untuk mengerjakan Rukun Islam Kelima itu mengukuhkan semangatnya menempuh kepayahan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian