KATA PEDANG: Tahniah Melayu, kasihan Bersih Najib tak letak jawatan juga
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyokong Bersih tetapi ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menunjukkan seolah-olah beliau menyokong Bersih.
PERTAMA, Pedang dan staff ismaweb.net mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-58.
Kedua, berakhirlah satu lagi episod perhimpunan bantahan selama dua hari di ibu negara dan beberapa negeri lain, yang diharapkan dapat ‘menjatuhkan’ Datuk Seri Najib Razak daripada kerusi Perdana Menteri.
Episod perhimpunan kali ini juga walaupun tidak mencetuskan kekecohan atau keganasan – kecuali ada tangan gatal cuba melakukan provokasi dengan membakar mercun – pengakhirannya tidak ke mana-mana pun.
Sebenarnya, apa lagi tujuan mengadakan perhimpunan itu selain mendesak Najib meletak jawatan, sedangkan umum sudah mengetahui bahawa Perdana Menteri sekali-kali tidak akan berbuat demikian?
Apakah Najib akan mendengar jeritan dan teriakan daripada 25,000; 35,000; 100,000 atau 200,000 peserta yang kononnya didakwa hadir dalam perhimpunan di beberapa tempat di ibu negara, kelmarin dan semalam?
Atau, apakah jumlah peserta itu sudah mewakili suara majoriti rakyat Malaysia? Atau sekadar untuk berbangga dan riak kerana boleh menyertai demonstrasi? Boleh memakai baju kuning, hitam, merah? Hebat? Sedangkan matlamat utamanya langsung tidak tercapai.
Cuma selepas ini jika Najib benar-benar ‘disingkirkan’ daripada jawatan Perdana Menteri, janganlah pula Bersih mengaku bahawa ia adalah disebabkan tindakan mereka. Bagi Najib dan pembela-pembelanya, demonstrasi Bersih itu sedikitpun tidak menjejaskan mereka. Kan Najib selalu cakap dibelakangnya ada tiga juta ahli Umno?
Atau perhimpunan Bersih itu juga ada agenda tersembunyi lain?
Apapun, tahniah kepada orang Melayu yang semakin sedar, tiada gunanya melakukan demonstrasi jalanan, walaupun tidak berlaku sebarang kekecohan hingga memaksa pihak berkuasa bertindak tegas.
Boleh jadi juga ramai orang Melayu balik kampung berikutan cuti panjang dan membiarkan kaum Cina mendominasi perhimpunan itu. Biarlah kaum Cina pula yang membuang masa. Lagipun, ultra kiasu yang dikepalai parti rasis dan cauvinis ini suka langgar apa saja!
Namun, tanpa disedari sesetengah peserta, termasuk mungkin juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak tahu, ada sekumpulan lagi yang mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu.
Mereka hadir dengan berbaju hitam, membawa sepanduk memperjuangkan pembebasan seorang banduan di Penjara Sungai Buloh yang didapati bersalah meliwat. Adakah ini juga termasuk dalam agenda Bersih 4.0?
Perlu diingat, Tun M sememangnya tidak menyokog Bersih. Kehadiran beliau dengan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tidak boleh dilihat atau dianggap sebagai menyokong Bersih.
Pedang sependapat dengan Zam (bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin), ‘hidden agenda’ Tun M yang beliau sendiri berkata kehadirannya hanya untuk ‘melihat’ suasana demonstrasi. Tun M sendiri menyatakan beliau tidak menyokong Bersih, tetapi menyokong desakan supaya Najib meletak jawatan dan kerana itu beliau hadir.
Kesan kehadiran Tun M pada perhimpunan itu, kata Zam, membuka mata dunia mengenai kepemimpinan Najib, ternyata benar apabila akhbar dan portal luar negara melaporkan peristiwa itu, termasuklah media dari negara yang didakwa konon rakyatnya telah ‘menderma’ RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Malaysia.
Pedang tegaskan sekali lagi! Najib tidak akan senang-senang turun daripada jawatan Perdana Menteri hanya kerana desakan sejumlah kecil penunjuk perasaan.
Kata Pedang: Ada cara lain yang sedang digerakkan untuk ‘menyingkir’ Najib, bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Lagipun, rakyat sudah sedar Najib dan pembelanya telah mengalihkan isu memaksa beliau meletak jawatan, kepada usaha untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.
Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.
Ulasan
Catat Ulasan