Lagi AJK PAS letak jawatan sertai GHB

pss-kelana jaya

PETALING JAYA, Ahad – Selepas PAS Shah Alam, kini tiba giliran 18 Ahli Jawatankuasa )AJK) PAS kawasan Kelana Jaya diketuai Yang Dipertuanya, Izham Hashim, pula meletak jawatan mulai hari ini bagi menyertai kumpulan serpihan parti itu, Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Pengumuman peletakan jawatan itu yang turut disertai Timbalan YDP, Omar Ahmad; Naib YDP, Muzammil Hafiz serta tujuh lagi ketua cawangan dibuat pada sidang media di sini, hari ini.

Izham berkata, jumlah mereka yang meletak jawatan itu membabitkan lebih dua pertiga daripada keseluruhan AJK PAS Kelana Jaya dan mereka menyerahkan kepada pimpinan PAS Pusat untuk mengambil alih pentadbiran di kawasan berkenaan.

“Peletakan jawatan ini secara keseluruhan melibatkan 87 pimpinan di pelbagai peringkat di kawasan Kelana Jaya dan ia bertepatan dengan masa dan waktu untuk kami menjayakan dan bersama dalam mendukung cita-cita murni melalui usaha politik Islam yang lebih kami yakini yang bersifat inklusif, progresif dan sejagat yang merentasi kaum, agama dan budaya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Roslan Abu Bakar dalam sidang akhbar yang sama berkata beliau turut meletak jawatan bersama tiga AJK Dewan Muslimat.

Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga telah meletak jawatan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian