LGBT sertai Bersih 4.0, galak orang ramai bertanya

lgbt-bendera

BANGI, Isnin – Kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mahu orang ramai mendekati mereka dan bertanya soalan supaya perbincangan dapat dilakukan, kata peguam golongan songsang berkenaan, Chong Yee Shan.

Sebab itu, kata Yee Shan, kumpulan berkenaan turut hadir dalam Bersih 4.0 kelmarin dan semalam iaitu untuk memberi sokongan kepada perhimpunan itu.

“Kami juga mahu semua tahu, bahawa komuniti LGBT berada bersama, dan menyokong Bersih seperti kamu semua.

“Kami mahu membiarkan orang tahu bahawa tiada apa yang buruk mengenai bendera pelangi ini,” katanya kepada The Star.

Kumpulan itu dilihat membawa bendera pelangi yang menjadi simbol kepada komuniti itu, ke perhimpunan Bersih 4.0, di Dataran Merdeka, semalam.

Yee Shan berkata, komuniti LGBT tidak mahu jadi seperti ‘katak bawah tempurung’ tanpa mempedulikan apa yang berlaku.

“Saya mahu mereka melihat kita dan berharap beberapa orang akan datang dan bercakap dengan kami, mempunyai perbincangan,” katanya.

Katanya, beliau menggalakkan lebih ramai orang bertanya soalan kepada mereka.

“Itulah cara untuk melibatkan rakyat dan untuk memulakan komunikasi supaya mereka belajar memahami komuniti LGBT,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?