Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-58

abdullah zaik

 

Kesetiaan bangsa ialah keikhlasan, kejujuran dan keteguhan hati terhadap agenda bangsa yang merupakan misi perjuangan, sebab wujud dan alasan kelangsungannya.

Mari kita kembali kepada asal intima’ (penggabungan) kita sebagai Melayu Muslim. Sebuah bangsa berdaulat tegak berdiri semenjak ribuan tahun yang lalu; yang telah menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dengan risalahnya.

Islam telah menjadikan kita bangsa yang mulia, mempunyai matlamat kewujudan dan memiliki risalah kepada manusia. Islam memberikan kita sebab kelangsungan dan tangga menuju kecemerlangan.

Sejarah telah menyaksikan satu pensebatian yang kukuh antara Melayu dan Islam dan ia telah menjadi satu identiti tidak mungkin dapat dipisahkan.

Namun penjajahan, globalisasi, pembaratan, serangan pemikiran dan proses normalisasi dengan kehidupan liberal sekular dan pluralisme agama telah menjadikan kita lupa identiti, lupa risalah dan juga lupa misi kita sebagai khaira umah (umat terbaik); misi sebagai syuhada’ (saksi) ke atas manusia.

Hari ini kita menjadi terumbang-ambing tanpa risalah dan tanpa haluan kerana kita telah lupa asal-usul diri kita, menjadi bangsa tanpa identiti, menjadi umat yang mengikut langkah umat yang lain.

Sejarah menyaksikan perjuangan memartabatkan kedaulatan agama dan bangsa merupakan satu rantaian perjuangan panjang yang silih berganti semenjak jatuhnya Kota Melaka sehingga ke hari ini. Satu salasilah perjuangan yang tidak pernah putus.

Sentiasa muncul sepanjang sejarah tokoh-tokoh pejuang yang menjulang obor jihad, kemerdekaan, kelansungan dan pembangunan sehingga ke zaman moden. Setiap satu menyambung dan menyempurnakan dengan yang lain, saling bertaut dari generasi ke generasi.

Di celah-celah rangkaian perjuangan panjang pelbagai rencah dan ragam ini kita menyambung mata rantai, mencerakin agenda yang terputus, menegakkan yang rebah dan membetulkan yang bengkok.

Kita adalah sebahagian daripada rantaian tersebut. Penerusan agenda ini memastikan kita menjadi bangsa yang merdeka dan bebas untuk melaksanakan cita-cita kita sebagai hamba yang meninggikan syariat di bumi yang diamanahkan ini.

Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-58.

Semoga Allah merahmati Malaysia.

Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden ISMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?