Tidak perlu pertikai PAS tidak sertai Bersih

Nasrudin Hasan
BANGI, Isnin – Keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 4 tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi berkata Pas mahu memberi tumpuan penuh kepada kerja-kerja memantapkan parti.

“Ada faktor tertentu oleh Pas kerana kita dalam persiapan yang memerlukan tumpuan kepimpinan, seperti penganjuran kongres rakyat, himpunan 60,000 pada lokasi tertentu.

“PAS juga fokus dalam menganjurkan program yang mempunyai maksud sama untuk membawa perubahan dalam negara,” katanya.

Perhimpunan haram yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad merupakan demonstrasi tanpa penyertaan dan komitmen PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini memaklumkan bahawa penglibatan parti itu dalam himpunan Bersih kali ini tidak akan sama seperti himpunan seumpamanya sebelum ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?