Timbalan Ketua SPRM tawar diri ganti dua pegawai ditukar

Pengguna laman sosial kecam tindakan tukar pegawai SPRM

002

BANGI, Jumaat – Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shukri Abdull, dilaporkan meminta dua pengarah kanannya dikembalikan kepada agensi antirasuah itu.

Sambil menawarkan dirinya sebagai pengganti, Shukri dilaporkan memberitahu sebuah portal berita bahawa kedua-dua pegawai kanan itu henya bertindak atas arahannya.

“Kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti,” kata Shukri yang dihubungi di luar negara.

Petang tadi, dua Pengarah SPRM yang terbabit dalam operasi khas menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International, dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan membuat kenyataan tegas, ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pemindahan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Sementara itu, pengguna laman sosial mula mengecam tindakan menukar pegawai berkenaan yang sedang menjalankan siasatan terhadap Perdana Menteri Malaysia.

Seorang pengguna, Abdul Rahim turut berdoa supaya orang yang menzalimi rakyat dihancurkan.

“Ya Allah ya Tuhan ku kau hancurkan orang yang menzalimi rakyat ya Allah, ya Allah kau bantulah hamba-hamba ini dari berdosa pada engkau ya Allah, engkau tidak pernah mungkir janji mu ya Allah, kau makbulkan permintaan kami seluruh rakyat malaysia ini ya Allah aaminnn

Kuddy Deda pula berkata, kerajaan Barisan Nasional sudah mabuk dengan wang RM2.6 bilion, malah tiada seorang pun menteri yang berani menegakkan keadilan sekarang ini.

“Rakyat mengundi mereka untuk melindungi, bertindak bagi pihak rakyat. Sekarang terserlah mereka pengecut, makan gaji buta,” katanya.

Abdullah Bin Saad berkata, pada peringkat sekatang siapa yang menunjukkan penentangan akan dikenakan tindakan.

“DSN (Datuk Seri Najib) nampaknya tak bagi peluang. Pegawai-pegawai kerajaan kena berhati-hati dalam menunjukkan reaksi,” katanya.

Megat Muhammad Ali pula berkata, rakyat ingin melihat profesionalisme penjawat awam yang terlibat dengan siasatan.

“Anda sebenarnya lebih berkuasa dari orang politik!! Dan rakyat juga ingin melihat bagaimana 3 juta ahli UMNO menyelesaikan konflik kepimpinan negara ini demi integriti UMNO.

“Tiada suara sanggahan dari UMNO sekarang terhadap Presiden mereka.

“Ertinya UMNO juga terlibat menutup skandal ini!! Tahniah buat sayap Pemuda Parti Gerakan yang juga komponen BN yang mengusulkan RCI ditubuhkan untuk siasat 1MDB, sedang pendukung UMNO masih menjadi pahlawan kedai kopi dan tepi longkang mempertahan Presiden mereka,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian