Aktivis Muslim mungkin dilantik Datuk Bandar Oslo

shoib

OSLO, Khamis – Seorang aktivis alam sekitar Muslim, berasal dari Pakistan berkemungkinan akan dilantik sebagai Datuk Bandar Oslo selepas partinya memenangi Pilihan Raya Tempatan, baru-baru ini.

Selepas memenangi lima kerusi di Majlis Bandar Oslo pada Isnin lalu, Parti Hijau (MDG) telah menjadi pihak penentu dan bertegas untuk melantik calonnya Shoaib Sultan, sebagai Datuk Bandar dalam rundingannya dengan parti lain di masa akan datang.

“Dia (Shoaib Sultan) akan menjadi Datuk Bandar terbaik untuk semua penduduk Oslo, beliau akan menjadi Datuk Bandar untuk mewakili seluruh masyarakat Oslo.

“Pelantikan Datuk Bandar pastinya sebahagian perkara yang akan dirunding,” kata pemimpin parti tersebut, Rasmus Hansson.

Sementara itu, kedua-dua pihak berhaluan kanan dan kiri menyatakan kesediaan mereka untuk berunding dengan MDG yang memenangi majoriti kerusi dalam majlis berkenaan.

Dalam pilihan raya itu, pihak berhaluan kanan memenangi 28 kerusi daripada 59 kerusi, manakala pihak berhaluan kiri memenangi 26 kerusi.

MDG memperlihatkan parti mereka sebagai bebas daripada kedua-dua belah pihak, tetapi secara tradisinya mengundi bersama parti berhaluan kiri.

“Isu (jawatan Datuk Bandar) ini akan menjadi paling penting untuk kami,” kata Hansson.

Shoaib Sultan, 41, adalah bekas Setiausaha Majlis Agama Islam, sebuah pertubuhan yang mewakili umat Islam di Norway dan juga merupakan seorang aktivis antiperkauman.

Beliau mula menetap di Norway ketika berusia sekitar setahun.

Sebelum ini, Pilihan Raya Tempatan pada Isnin, menyaksikan kekalahan parti dalam kerajaan seperti Parti Konservatif, Perdana Menteri Erna Solberg dan Parti Populis Progesif dan juga sekutu mereka.

Manakala, Parti Buruh nampaknya telah menerima kemenangan majoriti terutamanya di bandar-bandar besar. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian