KATA PEDANG: Islam kena memimpin, bukan dipimpin

Islam kena memimpin
APABILA Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyatakan sebab mengapa PAS tidak menyertai Bersih 4, Pedang yakin hala tuju parti Islam itu akan bergerak jauh ke hadapan jika kekal meletakkan Islam berada di atas.

“Kita kena belajar sejarah, Islam kena memimpin, bukan dipimpin.

“Bila berarak, orang kita ramai, bila di atas pentas, bukan kita yang ditonjolkan.

“Program dia, agenda dia bercampur aduk, kita tidak mengepalai.

“Sebab itu kita tak ikut Bersih, nama je Bersih tapi tak Bersih.

“Orang Islam jadi tukang berarak, sampai bila nak jadi begitu?

“Banyak peristiwa, bukan suara kita yang dibawa, suara lain yang dibawa,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Memang benar, Islam perlu berada di hadapan mengatasi yang lain.

Ini tidak bermakna Islam tidak boleh berkawan dengan yang lain.

Berkawanlah, berpakatlah dengan sesiapapun, tapi jangan sampai Islam diketepikan dan suara lain yang diangkat ke atas.

KATA PEDANG: Apa masalah kalau orang Islam angkat agama Islam di negara sendiri? Barulah Islam menjadi rahmat kepada semua, apabila Islam yang berada di atas, mengatasi yang lain.

Kata-Kata-Pedang-ISMAweb

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian