KATA PEDANG: Wuduk ok, tapi bagaimana syariat lain?

amoi
PEDANG menerima gambar-gambar di himpunan Bersih 4 yang menunjukkan ‘keharmonian antara kaum’ di kalangan peserta himpunan haram itu.

Antaranya ialah orang kafir membantu orang Islam menunaikan ibadah solat dengan menghulurkan air wuduk.

Pedang berpendapat ia bukanlah satu benda yang pelik. Rakyat Malaysia memang sepatutnya hormat menghormati antara satu dengan yang lain. Kita memang diajar begitu sejak kecil.

Malangnya dalam kes lain, ada yang merungut mendengar azan Subuh yang tidak sampai lima minit panjangnya!

Ada juga yang merungut kesesakan lalu lintas setiap kali solat Jumaat!

Bahkan ada yang melarang pekerja muslim keluar sebentar untuk menunaikan solat Jumaat!

Ada juga yang melarang pekerja muslimah memakai tudung untuk bekerja di premis mereka!

Tambah malang lagi, kita lihat dalam isu hudud yang dibangkitkan oleh kerajaan PAS Kelantan!

Orang kafir telah sepakat menolak hudud bahkan ada yang membuat kempen antihudud dan membuat kenyataan-kenyataan yang melampau sehingga menghina hukum Allah itu.

Apabila kumpulan Islam seperti Isma memberi respon balas mempertahankan hudud, orang Islam pula dicop sebagai ekstrem dan tidak menghormati hak kaum dan agama lain. Apa semua ini?

Orang kafir sepatutnya tutup mulut dan tunduk memberi laluan mudah kepada orang Islam melaksanakan tuntutan agama mereka, sebagaimana mudahnya mereka menghulurkan air wuduk.

Tanah ini adalah negara Islam. Hukum Allah perlu diangkat mengatasi yang lain.

Kepada orang kafir, ketahuilah! Inilah perjuangan kami, inilah ibadah kami. Seperti mana kami diwajibkan berwuduk untuk menunaikan solat, begitu juga kami diwajibkan mendirikan hukum Islam di negara kami!

Jika kami berdosa kerana meninggalkan solat, begitu jugalah kami berdosa jika tidak berusaha menegakkan negara Islam!

Kepada umat Islam pula, jangan terlajak bangga dengan bantuan berwuduk itu. Itu adalah hak kita. Hak kita untuk beribadah dan dihormati. Juga menjadi hak kita untuk menegakkan hukum Islam di negara ini.kristian bantu muslim solat

Kita ambil pengajaran daripada Revolusi 25 Januari 2011 di Mesir, di mana orang Kristian ketika itu membantu orang Islam menunaikan solat.

Sebaliknya pada himpunan protes terhadap kepemimpinan Presiden Morsi pada 2013, orang Kristian berpaling tadah menentang Morsi.

Penentangan mereka hanya satu, iaitu Presiden Morsi adalah pemimpin daripada gerakan Ikhwan Muslimin, yang hidup dan matinya adalah berjuang demi menegakkan Islam.

KATA PEDANG: Boleh jadi penghulur air wuduk itu belajar daripada puak rasis dan cauvinis DAP yang pakar bab memenangi hati orang Islam. Puak DAP sudah pandai pakai tudung, baju kurung, edar kurma, petik ayat Al-Quran dalam ucapan, belajar hudud di Jordan dan bermacam-macam lagi ragam. Tapi hakikatnya mereka tetap anti-Islam!

Kata-Kata-Pedang-ISMAweb

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian